Friday, June 28, 2019

Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum Dilancar


KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, melancarkan Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum serentak di seluruh negara, hari ini.

Pengarah Standard Perburuhan JTK, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata operasi diadakan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu memfokus kepada pematuhan gaji minimum RM1,100 sebulan oleh majikan seperti ditetapkan bawah Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018.

Kerajaan Bercadang Ambil Pekerja Asing Dari Afrika

Kerajaan akan mempertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Menteri Sumber Manusia, M KulaSegaran berkata, ini kerana pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.

Thursday, June 20, 2019

Cuti Bersalin Swasta Bakal Menjadi 90 Hari


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya juga akan meminda akta sama bagi membolehkan golongan bapa turut diberi cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari.

Beliau berkata, draf pindaan berkenaan sudah disiapkan sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Tuesday, June 18, 2019

Keluarkan Duit KWSP Ibu Tanpa Kebenaran, Penganggur Terima Padah


PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas enam pertuduhan mengeluarkan wang simpanan milik ibunya tanpa kebenaran sejak November tahun lalu.

Tertuduh, Wan Amirul Naaim Wan Ibrahim, 29, dari Indera Mahkota, di sini, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan enam capaian tanpa kuasa dengan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat dan mengeluarkan wang yang keseluruhan berjumlah RM10,500 milik Jamaliah Abd Jalil, 59, tanpa kebenaran.

Tertuduh melakukan kesalahan itu dari tempoh 4 November 2018 hingga 1 Januari lalu di mesin ATM Bank Rakyat di Indera Mahkota dan Mahkota Square.

Pekerja Kilang Buat Bantahan Selepas Digelar "Sampah"



Polis Pulau Pinang menerima tiga laporan berhubung bantahan oleh kira-kira 200 pekerja di sebuah kilang solar di Perai hari ini yang berang digelar ‘sampah’ yang didakwa dikeluarkan oleh seorang pengurus kilang berkenaan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bantahan itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila pekerja kilang Jinko Solar mendakwa diri mereka telah dihina.

"Apabila polis tiba di kilang itu, terdapat kira-kira 300 orang yang sedang berhimpun, di luar kilang itu.

"Kami cuba menenangkan keadaan, pekerja meminta pengurus kilang ini membuat permohonan maaf secara terbuka sehingga lelaki berusia 39 tahun itu bersetuju berbuat demikian.

“Pengurus itu telah keluar bagi bertemu wakil pekerja kilang ini kira-kira pukul 9.30 pagi dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka,” katanya.

Menurut Nik Ros Azhan, bantahan itu dipercayai berpunca daripada tangkap layar perbualan WhatApss pengurus berkenaan yang tular di dalam laman sosial Facebook.


“Menerusi tangkap layar itu, seorang lelaki yang didakwa sebagai pengurus kilang berkenaan telah menggelar pekerja kilang ini sebagai ‘sampah’,” katanya.

Menurutnya, selain permohonan maaf, pekerja kilang juga telah bertemu dengan pihak pengurusan kilang dan menuntut semakan semula gaji dan elaun serta waktu bekerja yang fleksibel.

“Pada jam 10.30 pagi, semua pihak yang terlibat telah bersurai dan mencapai kata sepakat,” katanya sambil menambah pekerja yang masih tidak berpuas hati dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Tiada sebarang kerosakan dan kecederaan pada waktu kejadian.


Mencari Kerja Kosong? Join Kami :